Assalamualaikum wbt.. Gd’day y’all.. Quick answers about ordering on AjArtis3.shop. Can’t find yours? Just message us.Assalamualaikum wbt.. Gd’day y’all.. Jawapan ringkas tentang order di AjArtis3.shop. Tak jumpa soalan anda? Mesej sahaja kami.
Ordering and your accountPesanan dan akaun
Do I need an account to order?Perlu ada akaun untuk order?
No, you can check out as a guest. Creating an account is quick (tick “Create an account” at checkout) and lets you see your orders later. To receive the welcome gift, you must be registered and logged in when you order.
Tak perlu, boleh checkout sebagai guest. Nak buat akaun pun senang, tick “Create an account” masa checkout dan anda boleh semak order kemudian. Untuk dapat free gift, anda perlu daftar dan login masa order.
How do I order on the website?Macam mana nak order di website?
Add your items to the cart, enter your delivery address, and check the shipping cost shown at checkout. Then choose how to pay. Your order is confirmed once we receive your payment.
Masukkan barang ke troli, isi alamat penghantaran, dan semak kos penghantaran yang dipaparkan di checkout. Lepas tu pilih cara bayaran. Order anda disahkan bila bayaran kami terima.
Is the stock on the website up to date?Stok di website sentiasa terkini?
Yes, but we also sell live on Shopee and Telegram, so the same stock is shared. If an item sells out before we pack your order, we will tell you and refund you.
Ya, tapi kami juga jual live di Shopee dan Telegram, jadi stok dikongsi. Kalau barang habis sebelum kami sempat pack order anda, kami akan maklumkan dan refund.
Why do some items say only 1 in stock?Kenapa ada barang tinggal 1 sahaja?
Many of Sofia’s AjArtis3 Originals are handmade and one of a kind. Once it is sold, it is gone.
Banyak AjArtis3 Originals buatan Sofia dibuat dengan tangan dan hanya ada satu. Bila dah terjual, memang tak ada lagi.
PaymentBayaran
What payment methods do you accept?Cara bayaran apa yang diterima?
DuitNow QR, bank transfer, and online payment through HitPay (FPX online banking, debit or credit card, and e-wallet QR). All prices are in Malaysian Ringgit (RM). The price shown when you place your order is the price you pay.
DuitNow QR, pindahan bank, dan bayaran online melalui HitPay (FPX online banking, kad debit atau kredit, dan e-wallet QR). Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Harga yang dipaparkan semasa anda order ialah harga yang anda bayar.
I paid by DuitNow QR or bank transfer. What do I do next?Saya bayar guna DuitNow QR atau pindahan bank. Lepas ni buat apa?
Please send your payment slip together with your order number to our Telegram so we can confirm it quickly. Payments through HitPay are confirmed automatically.
Sila hantar slip bayaran bersama nombor order ke Telegram kami supaya kami boleh sahkan dengan cepat. Bayaran melalui HitPay disahkan secara automatik.
Shipping and deliveryPenghantaran
Where do you ship?Hantar ke mana?
We ship within Malaysia, including Sabah and Sarawak. We do not ship overseas yet.
Kami hantar dalam Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Buat masa ini belum hantar ke luar negara.
How much is shipping?Berapa kos penghantaran?
Shipping is calculated at checkout by EasyParcel, based on the weight and size of your parcel and your delivery address, and is paid together with your order. Sabah and Sarawak usually cost more than Peninsular Malaysia. Add your items to the cart and enter your address to see the exact cost.
Kos penghantaran dikira di checkout oleh EasyParcel, ikut berat dan saiz parcel serta alamat anda, dan dibayar bersama order. Sabah dan Sarawak biasanya lebih tinggi berbanding Semenanjung. Masukkan barang ke troli dan isi alamat untuk tengok kos sebenar.
How long until my order is sent?Berapa lama sebelum order dihantar?
Items in stock are normally sent out the same day or the next day after we confirm your payment. Our packing and delivery days are Monday to Wednesday. In busy weeks it may take a little longer and we will tell you on Telegram. Made-to-order items take longer, and the estimated time is written on the product page.
Barang yang ada stok biasanya dihantar pada hari yang sama atau hari berikutnya selepas bayaran disahkan. Hari pack dan hantar kami ialah Isnin hingga Rabu. Waktu sibuk mungkin lewat sedikit dan kami akan maklumkan di Telegram. Barang made-to-order ambil masa lebih lama, anggaran masa ada di halaman produk.
Will I get a tracking number?Dapat tracking number?
Yes. Once your parcel is handed to the courier, you will receive a tracking number.
Ya. Bila parcel dah diserahkan kepada kurier, anda akan dapat tracking number.
Live sales and Tapau linksLive sale dan link Tapau
When are your live sales?Bila live sale?
What is a Tapau link?Apa itu link Tapau?
A Tapau link is the payment link we use for orders from our Shopee live sales. Shipping is not charged at checkout. We collect it after all the orders are sorted and packed, so we can combine items where possible. If a Tapau order cannot be completed, for example because the stock was taken first, we will refund you.
Link Tapau ialah link bayaran yang kami guna untuk order dari live sale Shopee. Kos penghantaran tidak dicaj di checkout. Kami kutip selepas semua order disusun dan dipack, supaya barang boleh digabung bila boleh. Kalau order Tapau tak dapat dilengkapkan, contohnya stok sudah diambil dahulu, kami akan refund.
What does it mean when a live sale item has a flaw noted?Apa maksudnya bila barang live sale ada nota kecacatan?
Some live sale items are sold at a very low price with the flaw or fault described. When you lock or buy one, you accept the flaws mentioned. We remind everyone during the live, and these items cannot be returned or refunded because of those flaws.
Sesetengah barang live sale dijual dengan harga sangat rendah dan kecacatan diterangkan. Bila anda lock atau beli, anda terima kecacatan yang disebut. Kami ingatkan semua semasa live, dan barang ini tidak boleh dipulangkan atau di-refund kerana kecacatan tersebut.
How do I lock an item in a live sale?Macam mana nak lock barang masa live?
We go live on Shopee from Thursday to Sunday: 2pm to 4:30pm, 5:30pm to 7:30pm and 9pm to 11pm. Locking is easy. When the host shows an item, she gives it a code. Type that code and the quantity in the live comments, for example: A12 x 2. That is all. Have a question, or want a closer look at an item? Just ask in the live comments and we will show you. We will do our best to help, in Sya Allah. After the live we pack your locked items by name, then send you one bill for everything, in Sya Allah. Pay using the link we send. Shipping is collected after all items are packed, so we can combine them. If you are in Ipoh, you can choose Local pickup and collect your items yourself, so there is no shipping to pay. Tell us when you get your bill and we will let you know when your order is ready, in Sya Allah. You can also choose Selit (RM0) to have the items sent inside another parcel of yours. For Selit, please write the exact name you locked under and the platform in the Order Notes. Please lock only when you are sure, because a lock is a confirmed purchase. If an item is sold with a flaw noted, locking means you accept that flaw.
Kami live di Shopee dari Khamis hingga Ahad: 2pm hingga 4:30pm, 5:30pm hingga 7:30pm dan 9pm hingga 11pm. Lock senang je. Bila host tunjuk barang, dia akan bagi kod. Taip kod dan kuantiti dalam comment live, contohnya: A12 x 2. Itu je. Ada soalan, atau nak tengok barang dekat-dekat? Tanya je dalam comment live dan kami tunjuk. Kami layan sebaik mungkin, in Sya Allah. Lepas live, kami pack barang yang anda lock ikut nama, kemudian hantar satu bil untuk semua, in Sya Allah. Bayar guna link yang kami bagi. Kos pos dikutip lepas semua barang siap dipack, supaya boleh digabung. Kalau anda di Ipoh, boleh pilih Local pickup dan ambil sendiri barang anda, jadi tak perlu bayar kos pos. Bagitahu kami bila dapat bil dan kami akan maklumkan bila order siap, in Sya Allah. Anda juga boleh pilih Selit (RM0) kalau nak barang dihantar dalam parcel lain anda. Untuk Selit, sila tulis nama yang anda guna masa lock dan platform dalam Order Notes. Lock bila dah pasti je, sebab lock itu pembelian yang confirm. Kalau barang dijual dengan kecacatan yang disebut, lock bermakna anda terima kecacatan itu.
I am buying for a school or charity project. Can you help?Saya beli untuk projek sekolah atau amal. Boleh tolong?
Yes, we would love to help. Tell us how many people, what you want to make and your budget, either in the live comments or on our Telegram group. We will suggest the right items and quantities. Many of our beads, keyring parts, ribbons and batik pieces are popular for DIY and fundraising projects.
Boleh, kami suka nak tolong. Bagitahu kami berapa orang, nak buat apa dan bajet berapa, dalam comment live atau di group Telegram kami. Kami akan cadangkan barang dan kuantiti yang sesuai. Ramai guna beads, keyring, ribbon dan batik kami untuk projek DIY dan jualan amal.
About our productsTentang produk kami
Will my handmade item look exactly like the photo?Barang handmade sama macam dalam gambar?
Handmade and one-of-a-kind items can differ slightly in pattern, size and finish. This is part of the charm and not a fault. Colours can also look a little different on different screens. If you are unsure, please ask us before you buy.
Barang handmade dan one-of-a-kind mungkin ada sedikit perbezaan pada corak, saiz dan kemasan. Itu sebahagian daripada keunikannya, bukan kecacatan. Warna pun boleh nampak sedikit berbeza pada skrin berlainan. Kalau ragu-ragu, tanya kami dulu sebelum beli.
Some products are sold in random colours or letters. Can I choose?Ada produk warna atau huruf random. Boleh pilih?
Where a product says random colours or random letters, we pick them for you and you cannot choose. It is always written on the product page.
Produk yang tulis warna random atau huruf random, kami yang pilihkan. Ia sentiasa ditulis di halaman produk.
I ordered fabric or lace by the metre. What length will I get?Saya order kain atau lace ikut meter. Dapat panjang berapa?
Fabric and lace sold per metre are cut from the roll, and the length you order is the length you receive.
Kain dan lace yang dijual ikut meter dipotong dari roll, dan panjang yang anda order ialah panjang yang anda terima.
Are beads and small parts safe for children?Beads dan barang kecil selamat untuk kanak-kanak?
Small parts such as beads are not suitable for children under 3.
Barang kecil seperti beads tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 3 tahun.
Problems, returns and refundsMasalah, pemulangan dan refund
My item arrived damaged, missing or wrong. What should I do?Barang sampai rosak, kurang atau salah. Nak buat apa?
Please message us as soon as you can with your order number and clear photos of the item and the parcel. We will work out a fix with you, whether it is a replacement or a refund.
Sila mesej kami secepat mungkin dengan nombor order dan gambar jelas barang serta parcel. Kami akan cari penyelesaian dengan anda, sama ada ganti baharu atau refund.
Can I return an item if I change my mind?Boleh pulangkan barang kalau berubah fikiran?
Please check the size, colour and details before you order. Custom-made or altered items cannot be returned. Live sale items sold with noted flaws cannot be returned either. Handmade and one-of-a-kind items can differ slightly from the photos, so we cannot always accept returns for a change of mind.
Sila semak saiz, warna dan butiran sebelum order. Barang custom atau yang diubah suai tidak boleh dipulangkan. Barang live sale yang dijual dengan nota kecacatan juga tidak boleh dipulangkan. Barang handmade dan one-of-a-kind mungkin sedikit berbeza daripada gambar, jadi kami tak selalu boleh terima pemulangan kerana berubah fikiran.
How and when are refunds paid?Bagaimana dan bila refund dibayar?
Approved refunds go back to the original payment method within 14 working days of approval. Your bank may need a few more days to show it. If you paid by DuitNow QR or bank transfer, we will refund by bank transfer and message you for your bank details. We will never ask for your card number or any password. For damaged, missing or wrong items we refund the price of the affected items plus the shipping fee you paid. For other approved refunds we refund the item price only. We do not deduct payment processing fees.
Refund yang diluluskan akan dikembalikan ke kaedah bayaran asal dalam tempoh 14 hari bekerja selepas kelulusan. Bank anda mungkin perlukan beberapa hari lagi untuk paparkan. Kalau anda bayar guna DuitNow QR atau pindahan bank, kami refund melalui pindahan bank dan akan mesej untuk butiran bank anda. Kami tidak akan minta nombor kad atau sebarang password. Untuk barang rosak, kurang atau salah, kami refund harga barang terlibat termasuk kos penghantaran yang anda bayar. Untuk refund lain yang diluluskan, harga barang sahaja. Kami tidak potong caj pemprosesan bayaran.
Welcome giftHadiah selamat datang
What is the welcome gift and who gets it?Apa itu welcome gift dan siapa dapat?
One free tassel charm in a random colour (red, green, pink or blue). New members who register on AjArtis3.shop and place a first order of any amount get one. Existing customers who have bought before get one with their next order on this website. For website orders only (not Shopee). One per customer, checked by phone number and delivery address, for the first 500 members. Please log in when you order. The gift is confirmed once payment is confirmed, and a cancelled or refunded order voids it. See the welcome page for details.
Satu tassel charm percuma dengan warna random (merah, hijau, pink atau biru). Ahli baharu yang daftar di AjArtis3.shop dan buat order pertama, berapa pun jumlahnya, akan dapat satu. Pelanggan sedia ada yang pernah beli dapat satu dengan order seterusnya di website ini. Untuk order di website sahaja (bukan Shopee). Satu setiap pelanggan, disemak ikut nombor telefon dan alamat penghantaran, untuk 500 ahli pertama. Sila login masa order. Hadiah disahkan bila bayaran disahkan, dan order yang dibatalkan atau di-refund akan membatalkan hadiah. Lihat halaman welcome untuk butiran.
About us and contactTentang kami dan hubungi kami
Is AjArtis3 a real, registered business?AjArtis3 perniagaan berdaftar?
Yes. We are AJ ARTIS 3 TRADING, SSM registration no. 202403221149 (003637265-V), at No 40, Jalan Lang Indah A/1, Pusat Perniagaan Lang Indah, 30010 Ipoh, Perak. We have served the AjArtis3 family since 2017 and also sell on Shopee. You can scan the SSM Biz Trust QR code on our Contact page with MySSM to verify.
Ya. Kami AJ ARTIS 3 TRADING, no. pendaftaran SSM 202403221149 (003637265-V), di No 40, Jalan Lang Indah A/1, Pusat Perniagaan Lang Indah, 30010 Ipoh, Perak. Kami bersama keluarga AjArtis3 sejak 2017 dan turut berjual di Shopee. Anda boleh imbas kod QR SSM Biz Trust di halaman Contact dengan MySSM untuk semak.
How do I contact you?Macam mana nak hubungi kami?
WhatsApp +60 10-706 1769, our Telegram group, or email Aj@AjArtis3.shop. You can also use the form on our Contact page. Please include your order number when you write to us.
WhatsApp +60 10-706 1769, group Telegram kami, atau emel Aj@AjArtis3.shop. Boleh juga guna borang di halaman Contact. Sila sertakan nombor order bila menghubungi kami.
No match. Try another word, or message us.Tiada padanan. Cuba perkataan lain, atau mesej kami.
